Letak Iklan Anda Di Sini

Hubungi 017-9784787
atau FB/YM : sinici_89 [at] yahoo.com

Friday, July 16, 2010

AHLI HPA

Senarai barang dalam Kit Niaga.(Terdapat cawangan, hpa halal mart, stokis HPA hanya RM30.00)

1. 1. Fail Kit Niaga.
2. 2. Borang Permohonan.
3. 3. Kad Kuasa sementara. (Kad Eksklusif akan diterima dalam 2 minggu)
4. 4. Pelan Pemasaran.
5. 5. Senarai harga produk.(kini terdapat 261 produk pelbagai jenis)
6. 6. Senarai Cawangan, Pusat Jualan dan Stokis.
7. 7. Sijil-sijil.

Keistimewaan menjadi ahli HPA:

1. Yuran keahlian RM30.00 (Tiga Puluh Ringgit Malaysia sahaja) seumur hidup. (Kit Niaga)
2. Kit ini boleh dibeli melalui pengedar-pengedar HPA,Cawangan HPA, Stokis HPA.
3. Katalog berjilid.
4. Perniagaan ini boleh diwarisi.
5. Peluang menikmati pelbagai bonus dan insentif yang disediakan. Terdapat 11 ganjaran bonus hebat dari HPA.
6. Diskaun harga untuk semua produk dari 20% – 25%.
7. Peluang menambah ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.
8. Pelan pemasaran yang begitu mudah adil dan sukses.
9. Berpeluang melabur dalam Koperasi Wahida HPA. Anggaran pulangan 10-25%.
10. Berpeluang menjana pendapatan 5 Angka menerusi Program Perkongsian Bijak Cemerlang HPA. http://hpa.com.my/pbc
11. Dapat bersama-sama merpertingkatkan ekonomi Muslim.

RADIX FRIED CHICKEN

Latar belakang Radix Fried Chicken

Radix Fried Chicken Sdn Bhd (RFC) memulakan operasinya pada 1hb Jun 2008 di Lagenda Heights, Sungai Petani. Pembukaan RFC ini adalah 100% milikan Bumiputera Islam. RFC merupakan salah sebuah syarikat subsidiari di bawah HPA Industries Sdn Bhd dan berkonsepkan restoran makanan segera berlandaskan Syari’ah Islam. Segala aspek keperluan dan kehendak Syari’ah dijamin kualitinya bermula dari bekalan bahan mentah seperti ayam yang diternak sendiri dan diawasi kualiti halal dan kebersihan. Manakala aspek pengurusan dan operasinya mengamalkan prinsip etika pekerja Islam seperti adab dan tatatertib muslimin dan muslimah serta amalan zikir dan sunat sebelum memulakan kerja seharian.

” PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ”

Pada masa kini pasaran dan permintaan adalah tinggi ke atas makanan segera. Ini boleh dilihat dengan kehadiran jumlah restoran ‘bak cendawan selepas hujan’ diseluruh negara. Didapati pasaran konsep makanan segera di negara ini dimonopoli oleh masyarakat bukan Islam dan hampir 90% jenamanya berasal daripada luar negara.

Atas kesedaran dan tanggungjawab betapa pentingnya pilihan makanan halal, RFC diwujudkan bagi memberi pilihan makanan halal kepada umat Islam, khasnya umat Islam di Malaysia. Bermula dengan restoran pertama di Sungai Petani, RFC berazam mendirikan 400 buah lagi restoran yang serupa di seluruh negara.

Disamping itu, sejajar dengan slogan kumpulan perniagaan HPA, “Produk Halal Tanggungjawab Bersama”™ kewujudan RFC adalah satu jihad perniagaan dalam menyediakan makanan dan produk halal kepada umat Islam.

rujuk web: http://hpa.com.my/rf
c

AL-WAHIDA MARKETING

ALWAHIDA MARKETING SDN BHD.

HPA GROUP OF COMPANIES telah menubuhkan syarikat pemasaran sendiri iaitu AlWahida Marketing Sdn. Bhd. pada 1 Februari 1996. AlWahida Marketing Sdn. Bhd. mendapat lesen di bawah Akta JUalan Langsung dari Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berfungsi untuk memasarkan produk HPA melalui konsep sistem Multi-Level Marketing (MLM). Ia merupakan satu kaedah dan strategi yang cukup berkesan untuk memperkenalkan produk-produk kepada pelanggan.

AlWahida Marketing Sdn. Bhd. berpotensi di dalam membantu mempromosi dan memperkenalkan produk keluaran HPA di seluruh Malaysia malahan turut memperluaskan pasaran ke Indonesia, Brunei, Kemboja, Thailand dan Singapura. Kini AlWahida Marketing Sdn. Bhd telah mempunyai lebih kurang 640,000 jumlah ahli di seluruh Malaysia, selain telah mengeluarkan katalog, menganjurkan program Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC) dan Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) bersama stokis-stokis, ahli-ahli dan pengguna-pengguna yang berminat di dalam perniagaan. Selain itu, semua informasi mengenai produk dapat disalurkan dengan baik melalui perancangan sistem yang diatur.

ORGANISASI BAHAGIAN PEMASARAN

Pengurus Besar AWM(HQ):
EN. MOHD FAISOL BIN ABD RAHMAN

Penolong Pengurus Perhubungan Awam:
EN. MD KAMAL BIN ISMAIL
013-4804717

Penolong Pengurus Pentadbiran / PA:
CIK NORMALINA BT. SHARONI
019-2212073

Pegawai Pemantau Pemasaran:
EN. KHIDHIR BIN OTHMAN
019-4582205